Program RTK 2.0 Pembantu Rumah


Assalamualaikum semua....


kembali lagi.... Alhamdulillah... kali ni Kerajaan Perpaduan telah mengumumkan PROGRAM REKALIBRASI TENAGA KERJA 2.0. apa yang menarik saya untuk posting kali ini... Program kali ini untuk sektor Pembantu Rumah Asing juga turut serta.

Alhamdulillah... sekarang dah boleh buat permit untuk pembatu rumah... tapiiiii.. anda harus ingat ya... bukan semua kesalahan boleh turut serta dalam program ni..

bagi pembantu rumah anda yang mempunyai rekod lari dari majikan, berada didalam senarai syak atau senarai hitam imigresen... tidak dibenarkan menyertai program RTK.

jadi? siapa yang layak?

bagi mereka yang melakukan kesalahan - kesalahan dibawah, layak untuk menyertai program RTK kali ini.

  1. Hanya 9 negara sumber SAHAJA untuk Pembantu Rumah Asing PRA (Thailand, Kemboja, Nepal, Laos, Vietnam, Filipina, Sri Lanka, India dan Indonesia)
  2. PATI yang telah melakukan kesalahan pada atau sebelum 31 Disember 2022 dibawah
    1. Seksyen 6(1)(c) iaitu masuk dan tinggal di negara ini tanpa mempunyai pas yang sah di bawah Akta Imigresen 1959/63
    2. Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal lebih masa di bawah Akta Imigresen 1959/63
    3. Peraturan 39(b) iaitu melanggar syarat pas di bawah PeraturanPeraturan Imigresen, 1963
  3. PATI yang telah mendaftar di dalam Program Rehiring dan Program 6P
  4. PATI yang mempunyai dokumen perjalanan negara asal yang masih sah laku sekurang-kurangnya 18  bulan
  5. PATI yang dilaporkan lari oleh majikan dan direkodkan dalam sistem JIM tidak layak menyertai Program RTK 2.0
  6. Tidak berada dalam Senarai Disyaki dan Senarai Hitam
  7. Kelayakan umur bagi PATI adalah 18 hingga 49 tahun semasa pendaftaran
  8. Telah menjalani saringan pemeriksaan kesihatan (FOMEMA) dan diperakui (fit to work)

kalau pembantu rumah anda cukup semua syarat di atas... maka PRA anda layak untuk menyertai perogram ini.

bukan setakat itu, syarat majikan juga perlu di patuhi.... antara syarat tersebut seperti dibawah:

1.    KELAYAKAN MAJIKAN

    ✅ Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap (PR)
      ✅ Tidak disytihar muflis atau tidak berada disenarai syak dan senarai hitam Jabatan Imigresen Malaysia
        ✅ Pendapatan tetap isirumah melebihi RM 7000.00 dan ke atas. (bagi permohonan PRA dari Indonesia).

        Ok? jika anda layak, anda boleh hubungi kami untuk menyertai program ini dengan klik link pada no telefon untuk whatsapp kami.

        tapiiiii.. nanti duluuuuu... untuk sektor PEMBANTU RUMAH ASING, masih belum dibuka untuk pendaftaran. program ini akan diumumkan kelak. kemungkinan dalam bulan March 2023 nanti.

        dannnnnnn... ada lagiiiiiii.....

        permohonan bagi warga negara Indonesia, WAJIB melaui Agensi berdaftar SAHAJA.  anda boleh rujuk link dibawah utk melihat agensi yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Rakyat Indonesia (KBRI)

        Anda dinasihatkan berhati-hati dalam segala urusan  yang melibatkan Agensi.. kerana banyak scammer menanti dan memerhati anda. sebaiknya dapatkan maklumat yang tepat dari saluran yang tepat.

        anda juga tak perlu risau tentang kos, kerana saya memberi jaminan harga di agensi saya jauh lebih murah dari pasaran, nak tahu? klik link whatsapp utk maklumat lanjut.

        bagi menjamin keselamatan anda, semua transaksi pembayaran hanya dibuat kepada akaun rasmi agensi sahaja. tiada pembayaran kepada pihak ketiga dibenarkan. mohon anda berhati - hati supaya tidak ditipu mana - mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

        UNTUK MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN PROGRAM RTK 2.0 BAGI SEKTOR PEMBANTU RUMAH ASING (PRA), ANDA BOLEH TERUS KE ALAMAT AGENSI DIBAWAH:

        AGENSI PEKERJAAN HSR SDN BHD (202201010882 @1456579-K) 
        JTKSM: 1144C
        KBRI: 0183.IE-KL.APS.2022
        NO 8A, JALAN BSC 2B/2,
        BANDAR SERI COALFIELDS
        47000 SUNGAI BULOH.
        TEL: +603 6243 9779
        CALL/WHATSAPP: 019 - 568 6905; 019 7272 753
        email: info@hsragency.com




        Comments

        Popular posts from this blog

        PEMBAHARUAN PASSPORT PEMBANTU RUMAH INDONESIA

        PROSES PENGAMBILAN PEMBANTU RUMAH SECARA SAH