PROSES PENGAMBILAN PEMBANTU RUMAH SECARA SAH
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...
Terima Kasih kerana masih sudi mengunjungi blog saya ini.. maaf kerana saya tidak dapat update blog ini kerana masalah komputer serta masa yang agak ketat..
Alhamduillah dengan rezeki Allah yang luas, rezeki tak pernah salah alamat.. heheheh... nk bgtahu baru dpt beli laptop baru.. hahahaha
baiklah.. bukan itu yang sy nk sampaikan kepada anda hari ni.. tapi ingin memberian sedikit ilmu dan kesedaran kepada bakal bakal majikan yang ada...
anda harus ingat ya, dan juga perlu tahu bahawa sejak 15 Aug 2022 satu perjanjian persefahaman antara Kerajaan Indonesia dan Malaysia telah ditanda tangani. maka dalam erti kata lain tiada lagi permohonan permit pembantu rumah yang masuk secara Pas Lawatan Sosial (PLS). tetaaapppiiiii... masih dibenarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi yang layak untuk menyertai Program RTK yang sedang dijalankan. (rujuk laman web JIM-RTK untuk maklumat lanjut berkenaan Program atau hubugi no telefon dibawah).
Ramai bakal majikan masih tak tahu tentang proses dan peraturan pengambilan pembantu rumah sekarang.. sebab dah terlalu biasa dan senang dengan cara yang sebelum ni.. yea la.. sejak 2012 sehingga 2022, 10 tahun lamanya majikan boleh proses permit sendiri, ambil maid sendiri... jadi semua dah jadi terbiasa...
sebenarnya pihak imigresen sendiri pon dah war war kan berita ini seara meluas... tapi masih ramai yang tak tahu atau tidak mahu mengambil tahu. hehehe...
Bagi proses pengambilan pembantu rumah yang sekarang ianya melibat kan beberapa Agensi - Agensi Kerajaan dan Agensi Pekerjaan Swasta (APS) yang berdaftar dengan JTKSM (Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia) carta proses yang telahpun saya ubah suai untuk lebih difahami adalah dibawah:-
Jika anda perhatikan carta tersebut, nampak lebih mudah dan selamat.. cumanya perlukan sedikit masa untuk melengkapkan proses tersebut... ianya mungkin mengambil masa sekitar 2 hingga 3 bulan utk melengkapkan proses sehingga maid sampai ke rumah majikan.
Ianya akan melalui 4 agensi utama iaitu Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Kedutaan Indonesia (KBRI/KJRI), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Konsulate Malaysia di Indonesia.
so bila dah terlibat dengan agensi kerajaan ni faham faham la yea... mmg akan ambil masa... jadi kene sabar... kepada majikan yang berniat untuk mengambil maid secara sah, anda kene bersedia dari segi mental dan masa untuk mendapatkan pembantu rumah yang sah mengikut undang - undang kedua Negara...
Jadi, anda sebagai majikan harus tahu dan faham segala proses dan prosedur terbaru yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Anda juga boleh merujuk proses tersebut di laman web Jabatan Imigresen malaysia di www.imi.gov.my
Sila pastikan anda tidak tertipu dengan tawaran agen agen freelance yang katanya permit boleh buat dan sebagainya. ini adalah kerana, sehingga kini TIDAK ADA satu pon permit yang berjaya diluluskan bagi pembantu yang masuk menggunakan Pas Lawatan Sosial sejak 01 Januari 2023.
Sekiranya anda mempunyai masalah tentang permit atau sebarang masalah berkenaan pembantu rumah, jangan segan jangan silu.. terus hubugi saya atau whatsapp untuk mengetahui maklumat lebih lanjut. insyaallah, saya akan cuba membantu sekadar yang saya mampu.
Jika ada yang ingin mendapatkan maid secara sah anda boleh hubungi nombor telefon dibawah,
Untuk pengambilan maid yang baru anda boleh hubungi nombor +6019 568 6905 atau boleh click nombor telefon tersebut untuk terus ke whatsapp
sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapat khidmat nasihat secara percuma, anda boleh hubungi +6019 7272 753 (24/7). Insyaallah saya akan cuba bantu sebaik mungkin.
Terima Kasih kepada anda yang sudi membaca blog saya sehingga habis.. saya amat menghargaiya.
Comments
Post a Comment