Posts

Showing posts from 2023

PEMBAHARUAN PASSPORT PEMBANTU RUMAH INDONESIA

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bagi majikan yang mempunyai Pembantu Rumah Indonesia, dan berhasrat untuk memperbaharui passport pembantu rumah anda, sila dapatkan kontrak kerja yang di endorse oleh kedutaan sebelum ke KBRI/KJRI untuk meneruskan dengan proses pembaharuan passport maid anda. Ramai majikan yang saya jumpa di pejabat kedutaan  yang masih tidak tahu tentang kewujudan kontrak kerja tersebut. Untuk pengetahuan anda, kontrak tersebut hanya boleh dilaksanakan oleh Agensi Pekerjaan yang berdaftar dengan KBRI/KJRI sahaja. anda boleh rujuk link dibawah untuk mencari Agensi Pekerjaan yang berdaftar didalam senarai KBRI/KJRI.. SENARAI AGENSI BERDAFTAR DENGAN KEDUTAAN INDONESIA Terdapat 411 Agensi Berdaftar di seluruh Malaysia. untuk proses kontrak kerja, banyak document yang harus disediakan antaranya Pendaftaran Perkeso, Insurans, Surat Jaminan, slip gaji pembantu rumah dan beberapa dokumen lain yang perlu disediakan. bagi melengkakan proses tersebut, ianya mengambi...

PROSES PENGAMBILAN PEMBANTU RUMAH SECARA SAH

Image
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Terima Kasih kerana masih sudi mengunjungi blog saya ini.. maaf kerana saya tidak dapat update blog ini kerana masalah komputer serta masa yang agak ketat.. Alhamduillah dengan rezeki Allah yang luas, rezeki tak pernah salah alamat.. heheheh... nk bgtahu baru dpt beli laptop baru.. hahahaha baiklah.. bukan itu yang sy nk sampaikan kepada anda hari ni.. tapi ingin memberian sedikit ilmu dan kesedaran kepada bakal bakal majikan yang ada...  anda harus ingat ya, dan juga perlu tahu bahawa sejak 15 Aug 2022 satu perjanjian persefahaman antara Kerajaan Indonesia dan Malaysia telah ditanda tangani. maka dalam erti kata lain tiada lagi permohonan permit pembantu rumah yang masuk secara Pas Lawatan Sosial (PLS). tetaaapppiiiii... masih dibenarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi yang layak untuk menyertai Program RTK yang sedang dijalankan. (rujuk laman web JIM-RTK untuk maklumat lanjut berkenaan Program atau hubugi no telefon di...

Program RTK 2.0 Pembantu Rumah

Image
Assalamualaikum semua.... kembali lagi.... Alhamdulillah... kali ni Kerajaan Perpaduan telah mengumumkan PROGRAM REKALIBRASI TENAGA KERJA 2.0. apa yang menarik saya untuk posting kali ini... Program kali ini untuk sektor Pembantu Rumah Asing juga turut serta. Alhamdulillah... sekarang dah boleh buat permit untuk pembatu rumah... tapiiiii.. anda harus ingat ya... bukan semua kesalahan boleh turut serta dalam program ni.. bagi pembantu rumah anda yang mempunyai rekod lari dari majikan, berada didalam senarai syak atau senarai hitam imigresen... tidak dibenarkan menyertai program RTK. jadi? siapa yang layak? bagi mereka yang melakukan kesalahan - kesalahan dibawah, layak untuk menyertai program RTK kali ini. Hanya 9 negara sumber SAHAJA untuk Pembantu Rumah Asing PRA (Thailand, Kemboja, Nepal, Laos, Vietnam, Filipina, Sri Lanka, India dan Indonesia) PATI yang telah melakukan kesalahan pada atau sebelum 31 Disember 2022 dibawah Seksyen 6(1)(c) iaitu masuk dan tinggal di negara ini tanpa me...