New Available Biodata 24 Oct 2022 (first come first serve)

 

Selamat Menyambut hari Deepavali kepada semua kaum India dan penganut agama Hindu di Malaysia. Semoga perayaan cahaya ini menjadi perayaan kegembiraan, keamanam dan kemakmuran.






Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang melawat dan menyinggah di blog saya yang tak seberapa ini. Dengan berbesar hati, hari ni saya nk share kepada anda yang sedang mencari pembantu rumah Indonesia. dibawah terdapat beberapa biodata yang masih available untuk pilihan anda.


1. BASA RITA RAMBEE - TAKEN

BASA RITA RAMBEE, berumur 22 tahun, walaupon agak muda, tetapi pembantu ini mempunyai pengalaman selama hampir 2 tahun bekerja sebagai pembantu rumah di Indonesia. pembantu ini sesuai untuk kerja kerja uruskan rumah tangga dan menjaga orang tua yang sihat mahupon sakit. pembantu ini juga mempunyai pengalaman menjaga orang sakit serta menguruskan semua kebersihan orang sakit tersebut.

2. BASARIA SIMATUPANG - AVAILABLE

BASARIA SIMATUPANG, berasal dari Medan Indonesia, berumur 43 tahun. walaupon umurnya 43, tetapi orangnya masih lincah dan bertenaga. maid ini beragama kristian, hanya boleh di ambil oleh majikan bukan beragama Islam sahaja. sesuai untuk semua jenis pekerjaan samaada jaga bayi dan kanak kanak, menjaga orang tua sihat atau sakit dan juga menguruskan rumah yang besar. pembantu ini mempunyai banyak pengalaman sebagai pembantu rumah di Indonesia, TIDAK pernah bekerja di Malaysia dan ingin mencuba mengubah kehidupan dengan bekerja di Malaysia.


3. ISRA IRAWATI HARAHAP - AVAILABLE


ISRA IRAWATI HARAHAP, berumur 40 tahun seorang yang sangat lembut dan mempunyai pengalaman bekerja sebagai pembantu rumah di Indonesia selama 4 tahun. tugas yang diamanahkan adalah untuk menjaga bayi dan menguruskan rumah tangga. bagi majikan yang ingin mencari pembantu rumah untuk menjaga bayi dan kanak kanak kecil, pembantu ini amat sesuai sekali dengan sifat keibuan. Ingin berhijrah ke Malaysia bagi membantu suami untuk menyara persekolahan anak anaknya.


4. SULAIMI - AVAILABLE

SULAIMI, berumur 40 tahun, mempunyai pengalaman bekerja sebagai pembantu rumah di Indonesia selama beberapa tahun dalam menjalankan tugas seperti menguruskan rumah dan menjaga anak anak majikannya. sifat keibuan dan cukup lemah lembut membuatkan majikan sayang kepadanya. beliau amat sesuai untuk menjaga anak anak dan juga menemani orang tua yang sihat serta mampu menguruskan perihal kebersihan rumah majikan.


ok.. setakat ni hanya itu sahaja biodata yang available untuk anda membuat pilihan. semua pembantu ini kami sendiri yang pilih dan interview secara atas talian. sekiranya anda ingin interview sendiri, kami amat mengalu alukan. ya saya faham, bukan mudah untuk memilih pembantu yang sesuai dengan kehendak kita. tapi sekurang kurangnya tak banyak sikit ada yang menepati kehendak anda. 


setakat ini dahalu coretan saya pada hari ini, insyaallah kite akan bertemu lagi dan saya akan update blog ini dari masa kesemasa sekiranya ada biodata baru yang kami piloh khas untuk anda.



sekian bertemu lagi…

Comments

Popular posts from this blog

PEMBAHARUAN PASSPORT PEMBANTU RUMAH INDONESIA

PROSES PENGAMBILAN PEMBANTU RUMAH SECARA SAH